Friday, October 7, 2022

Kerana status kelabu warganegara, penerbangan Cikgu Farid dan muridnya Willy dari Kapit ke Pahang batal

Secara Rawak

KISAH ini dikutip secara bebas daripada tulisan akaun Farid Fazamy yang dimuat naik di Facebook pada petang Ahad lepas.

Farid seorang guru di salah sebuah sekolah di Kapit menulis dengan mukadimah: “Sedih rasa bila mengenangkan apa y(ang) berlaku beberapa hari lepas. Sepatutnya aku dah blik semenanjung dgn membawa sorg murid aku berketurunan Kenyah utk bercuti bersama sempena cuti Deeapavali.”

Menurut Farid, selepas semua persediaan disediakan dan dengan kebenaran ibu bapa kepada muridnya bernama Willy untuk mengikutnya balik ke Pahang, beliau membawa Willy ke Sibu.

Sebelum bertolak beliau dan Willy menziarahi ayah Willy yang terlantar sakit di hospital.

Tulis Farid lagi: “Ayah dia bgtaw (bagi tahu) dia bagi Willy ikut tp ayah dia xde (tiada) duit nk bg anaknya duit belanja. Tersentap aku, rasa sedih bila dgr apa y(ang) diberitahu. Aku bgtaw xpelah (tak apalah) segala perbelanjaan aku tanggung jd jgn risau.”

Namun, menurut Farid, menyedihkan apabila semua urusan sudah selesai, apabila tiba giliran hendak mendapatkan cop imegresen di lapangan terbang mereka ditahan.

“Pegawai bertugas t(a)nya nk bwa mn(mana) budak ni. Aku ckp(cakap) ni murid aku, nk bwa (bawa) bercuti ke semenanjung. Utk pengetahuan ak dh byk kali bwa murid gi (pergi) semenanjung. Semuanya murid Iban kali ni first time bwa murid Kenyah,” menurut catatan Farid.

“Maaf cikgu sy xboleh(tak boleh) lepaskn dia k(e)luar dr Sarawak sbb status dia “belum ditentukan,” kata pegawai imgresen menurut Farid.

“Utk penjelasan lebih jelas aku jumpa lbih (lebih) kurang ketua pegawai imegresen dan seperti y(ang) diberitahu status murid ni menyebabkn dia tidak blh(boleh) kluar dr Sarawak melaink(a)n mak ayahnya menyelesaikn status kewarganegaraan,” tulis Farid lagi.

Menurut Farid lagi, ibu dan ayah Willy memang berusaha menyelesaikan status kewarganegaraan mereka, namun, memandangkn ayahnya sering sakit ditambah masalah lain yang rumit, penyelesaian memakan masa dan tertunda.

“Utk pengetahuan, r(a)mai di antara murid Kenyah aku mempunyai status seperti Willy. Mereka bukan warga asing tp disebabkn kerenah birokrasi dan penempatan mereka jauh menyebabkn masalah ini. Even ada y nk smbung study pun xdpt sbb tiada ic xpun memegang ic hijau,” tulis Farid.

Dipendekkan cerita, pegawai yang bertugas memberitahu Willy, “sorry ya, bkn untie xbg (tak bagi) kmu pergi tp ada sbb”.

Farid terpaksa membatalkan penerbangan kedua-dua mereka sekali.

Beredar dari lapangan terbang, di dalam grab car, Farid mengaku air matanya menitis mengenangkan hal yang terjadi.

Menurut beliau, sudah lama Willy hendak mengikutnya jalan-jalan ke Semenanjung.

“…td(tadi) masa mkn(makan) kt sugar bun aku bgtaw(bagi tahu) nnt(nanti) kt atas (dlm flight) kmu mkn lagi. Act(ually) ak dh beli mknan utk dia. Even seat pun ak beli nk.bg dia duk sblh tingkap. Tp apakan daya xde rezeki. Dia sempat tgk flight dr dlm bngunan je. “Wah besarnya cikgu”. Aku taw dia xsabar nk naik.” cerita Farid.

Sebelum balik semula ke Kapit, Farid membawa Willy jalan-jalan di Sibu merawat hatinya yang kecewa.

“Act(ually) ak xsedih tiket burn tp aku sedih sbb xdpt menunaikn hasrat dia (Willy) nk naik “bilun”,” tulis Farid lagi.

Farid dalam catatan panjang itu berjanji membantu menyelesaikan status kewarganegaraan Willy selagi beliau bertugas di Kapit dan suatu hari beliau akan membawa juga Willy ke Semenanjung.

Farid menambah sayu: “Tp time tu mst (mesti) kmu dh dewasa dan keghairahan nk naik flight dgn berjln2 dh xsma (tak sama) sewaktu kanak2.

Tambah Farid: “Slh(salah) satu knp(kenapa) aku nk mengajar di Sarawak ni lah salah satunya adalah untk membawa ank2 murid aku kluar melihat dunia luar. Bg aku rezeki y aku dpt kt bumi Sarawak ni why not dikongsi dgn ank2 murid aku y(ang) kekurangan. Bg aku duit blh dicari tp kegembiraan dn pengalaman budak2 bila dibwa berjln diorg akan ingt smpai besar.

Farid menulis menuju kepada pihak berkuasa: “Kpd pihak berkenaan aku memohon sgt2 supaya dpt membantu mereka menyelesaikn status kewarganegaraan. Aku taw(tahu) bnda ni sgt rumit tp aku berharap dpt melihat kegembiraan diraut wajah mereka.”

“Skrg aku bru nk blik Pahang tnpa membwa Willy. Sblm aku kluar dr Kapit aku ambil dulu ukuran bju dan seluar sbb dh jnji nk beli bju sekolah menengah.. kebetulan ayahnya dirujuk ke Hospital Sibu dan naik express bot dgn aku. Kesian Willy… aku anggap apa y berlaku ni ada hikmahnya dan xkn(takkan) memadamkn hasrat aku nk bwa anak Kapit ke semenanjung,”

Mengakhiri tulisannya, Farid menceritakan: “Uncle teksi ada tnya aku “mcm mn(mana) u bwa budak ikut u?”

Farid menjawab: “klu diorg punya parent (orang tua) bg sy bwa lah, one more thing klu sy kaya sya bawa semua budak ikut sy taw”.

“Uncle tu ketawa bila aku ckp mcm tu. Tunggulah aku kaya satu flight ak booked utk student aku je..” akhiri Farid dalam catatan facebooknya yang sudah dibaca 6,900 pembaca dan dikongsi 2,200 netizen.

Salah satu daripada 51 komen netizen, Rul Arifin merespons: “Rasa nk share je cite ko ni Farid Fazamy. Sedih sgt😭😭”

Jadi, Sarawak Voice pun ingin berkongsi kisah viral ini yang mungkin dapat membantu dan memanjangkan kisah anak-anak berstatus kelabu warganegara ini.

Semoga dipermudahkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru