CEO Malaysia Airlines kembali ke syarikat lama — Irishtimes

0
7

KUALA LUMPUR: Khidmat Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Peter Bellew yang diumumkan kembali ke Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi, adalah amat penting, untuk memenangi hati para juruterbang syarikat itu, kata sumber syarikat penerbangan tersebut.

Berita ini mencetuskan kekalutan memandangkan Bellew masih merupakan peneraju syarikat penerbangan negara itu.

Memetik Irishtimes.com, Bellew dibawa masuk bagi menjernihkan hubungan antara juruterbang dan pengurusan syarikat, yang berada dalam situasi sangat teruk susulan krisis pembatalan penerbangan sehingga Mac tahun hadapan.

Foto Irish Examiner

Peter Bellew dilantik ke jawatan tersebut berikutan peletakan jawatan Michael Hickey. Pelantikan pegawai yang begitu berpengalaman ini diharapkan akan meringankan tekanan dalam syarikat tersebut.

Sebelum terlibat dalam Malaysia Airlines Berhad, Bellew merupakan bekas Pengarah Operasi Penerbangan Ryanair.

Krisis timbul apabila Hickey, mencipta kontroversi dengan rancangan untuk membatalkan penerbangan sehingga Mac depan, yang menjejaskan kira-kira 700,000 penumpang.

Ryanair dalam satu kenyataan berkata, Bellew akan mempunyai tanggungjawab khusus dalam pengeluaran, latihan dan pembangunan kerjaya, dengan misi untuk memastikan masalah penggiliran juruterbang yang dialami Ryanair pada awal September tidak berulang.

Menurut sumber dalaman, Bellew akan berusaha untuk menangani hubungan tegang di antara Ryanair dan juruterbangnya.

“Dia seorang perunding yang baik dan itulah yang diperlukan oleh syarikat itu sekarang ….seseorang yang boleh menguruskan hubungan dinamik dengan juruterbang,” kata satu sumber industri.

Ketua Eksekutif Ryanair, Michael O’Leary berkata, Bellew akan membawa “transformasi penting” dari aspek pemberian ganjaran dan interaksi dengan juruterbang, seterusnya memperbaiki persekitaran kerja dan pembangunan kerjaya mereka ketika syarikat penerbangan itu bertambah hingga 600 pesawat dan 200 juta penumpang.

O’Leary baru-baru ini dikatakan telah menulis kepada juruterbang dan menawarkan gaji dan syarat yang lebih baik, tetapi beliau menegaskan bahawa rundingan hanya boleh dilakukan melalui majlis perwakilan pekerja syarikat, bukan mana-mana struktur perundingan kolektif yang lain.

Sebelum menyertai Ryanair pada tahun 2001, Bellew, yang berasal dari Bettystown, Co Meath merupakan Pengurus Pemasaran di Lapangan Terbang Kerry di Farranfore.

Beliau sangat berperanan dalam melakukan perjanjian dengan Ryanair untuk terbang dari sana ke London.
Itulah pertemuan profesional pertamanya dengan Ryanair dan O’Leary.

Selepas menyertai syarikat penerbangan itu sebagai Timbalan Ketua Operasi penerbangan, sumber memberitahu, beliau menunjukkan kemampuan sebagai seorang pengurus yang sangat berkesan, dan melakukan tugas itu dengan hanya kekecohan minimum.

Beliau menyertai Malaysia Airlines sebagai timbalan kepada Christoph Mueller, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aer Lingus dan mengambil alih tugas ketika Mueller tidak menyambung kontraknya.

Bloomberg melaporkan bahawa Malaysia Airlines Berhad sedang memberi perhatian serius terhadap “pengumuman yang tidak dijangka” Ryanair ini. – Sarawakvoice