Tuesday, October 4, 2022

Polis Sarawak tingkatkan usaha banteras 4D haram

Secara Rawak

MIRI: Polis Sarawak melancarkan fasa kedua ‘peperangan’ memerangi kegiatan judi haram dengan menumpukan serbuan ke atas penjualan 4D haram susulan kejayaan menghapuskan kegiatan judi mesin dan siber.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata bagi tempoh 9 hingga 15 Okt, pihaknya menahan 39 individu berusia antara 16 dan 61 tahun dalam serbuan yang diadakan di seluruh negeri.

Katanya daripada jumlah itu, 30 ditahan menerusi 30 serbuan yang turut menyaksikan rampasan wang tunai berjumlah RM4,855 selain beberapa peralatan yang diguna untuk pertaruhan 4D haram.

Dalam dua lagi serbuan bagi memerangi perjudian di tempat awam di Kuching dan Limbang, polis menahan lapan orang yang dipercayai terbabit dalam perjudian holo serta seorang lelaki ditahan di Lawas kerana menyediakan perkhidmatan tambah nilai judi siber berasaskan tablet.

Katanya pihaknya terus menerima aduan berhubung penjualan 4D haram terutama daripada di Kuching, khususnya di Taman Kenyalang.

Gambar fail – Judi haram

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru