Tuesday, October 4, 2022

39 hantu judi dijaring dalam 33 serbuan di seluruh Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak menjaring 39 tahi judi dalam 33 serbuan di pelbagai premis di seluruh negeri sepanjang minggu lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar memberitahu, sebanyak 30 serbuan dilakukan  dilakukan di premis 4D haram, dua di tempat awam dan satu di pusat perjudian siber berasaskan tablet.

“Daripada jumlah itu, lima serbuan dilakukan oleh pasukan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen di kawasan Kuching dan Padawan, enam serbuan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuc1hing, lima oleh masing-masing IPD Padawan dan Sibu, 3 serbuan IPD Miri, 2 serbuan IPD Bintulu, Sarikei dan Limbang dan masing-masing satu oleh IPD Kota Samarahan,  Sri Aman  dan Lawas,” katanya.

Jelasnya, 30 serbuan 4D haram menghasilkan penangkapan 30 individu serta rampasan wang tunai berjumlah RM4,855.

“Telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis antara yang dirampas di sini.

Dua serbuan lain katanya, melibatkan aktiviti berjudi di tempat awam di Kuching dan Limbang, dengan lapan individu diserkup kerana terlibat dalam  judi holo.

“Seorang lelaki yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk perjudian siber berasaskan tablet pula dijaring di Lawas.

Kata Dev, daripada 39 yang ditangkap, 28 adalah lelaki, manakala peringkat umur adalah antara 16 dan 61 tahun, termasuk seorang warga asing.

“Kesemua yang ditangkap sedang disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Kata Dev, tumpuan kepada aktiviti judi 4D haram ini adalah susulan kejayaan pembasmian mesin judi ikan, wukong dan mesin slot selain perjudian siber berasaskan PC / komputer riba di negeri ini.

Katanya, aduan terhadap kaunter menjual 4D tidak sah terus diterima oleh pihak polis, dengan aduan paling adalah dari Kuching, terutama di kawasan Taman Kenyalang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru