Wednesday, December 7, 2022

Seberani-berani Jamal, takut dicekup polis lagi jual ikan di perhimpunan antikleptokrasi

Secara Rawak

PETALING JAYA: Di manakah kelibat Pengerusi Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunus pada Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi?

“Saya mohon maaf kepada semua sahabat media, NGO dan penyokong kerana tidak dapat turun ke Padang Timur, PJ hari ini,” kata Jamal memetik Malaysia Dateline pada Sabtu.

Laporan tersebut menyebut Jamal berkata, “baru keluar dari lokap minggu lepas dah nak dimasukkan balik minggu ini.”

Melalui mesej di Whatsapp pula, Jamal mengeluh:, “Apalah, nak jual ikan pun nak kena tangkap, penat masuk lokap.”

Pembantu Jamal turut mengeluarkan mesej kepada media: “Datuk Seri maklum dengan arahan pihak berkuasa yang diterima. Baru keluar dari lokap minggu lepas dah nak dimasukkan balik minggu ini.”

Gambar fail

Jamal mengaku akur dengan desakkan pihak berkuasa agar tidak hadir ke lokasi diumumkan sebelum ini, walaupun menurut beliau, ikan sudah disediakan untuk jualan di situ.

Jamal sebelum ini merancang gimik menjual ikan murah pada perhimpunan anjuran Pakatan Harapan itu sambil mendakwa harga ikan mahal disebabkan “orang tengah” terdiri daripada kalangan tauke ikan penyokong DAP.

Hasrat Jamal menjual ikan murah pada perhimpunan tersebut disambut baik oleh sekretariat perhimpunan berkenaan, sebelum ini.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Faiz Fadzil berkata, Jamal boleh berniaga di mana-mana sahaja.

Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu turut bersetuju, Jamal boleh berniaga ikan di mana-mana sahaja di Petaling Jaya.

Malaysiakini melaporkan, Jamal sepanjang petang Sabtu bersama-sama Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria di Amcorp Mall, berhampiran padang perhimpunan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru