Thursday, September 29, 2022

Perhimpunan antikleptokrasi petang ini, MBPJ benarkan, polis bantah minta pindah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sidang media Pakatan Harapan (Harapan) pada Jumaat memaklumkan penganjuran Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Tanpa menyebut adakah kebenaran polis termasuk dalam maksud tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Harapan, Mohamad Sabu yakin himpunan yang bermula 4 petang Sabtu, hari ini  berlangsung lancar dan aman.

Menurut Malaysia Dateline, beliau berkata, pihaknya berjanji menamatkan program pada 11 malam bagi memudahkan para peserta khususnya yang datang menaiki LRT untuk beredar pulang dari lokasi himpunan sebelum 12 malam.

Beliau berjanji aliran kenderaan dikawal baik oleh sukarelawan dari parti komponen Harapan dan pihak keselamatan PBT.

Mohamad Sabu berjanji, Harapan memberi kerjasama penuh kepada pasukan polis trafik yang mengawal lalu lintas.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjauhi sebarang tindakan provokasi dan sentiasa mematuhi nasihat penganjur.

Sementara, dalam perkembangan berkaitan, pihak polis tetap dengan pendirian tidak akan mengeluarkan permit untuk penganjuran perhimpunan antikleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya tersebut.

Meski pihak penganjur mendapat lampu hijau

MBPJ, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis tidak membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung.

Fuzi pada sidang media di Pusat Latihan Polis seperti dilaporkan FMT pada Jumaat, berkata pihaknya menerima 27 laporan sehingga hari ini yang membantah penganjuran perhimpunan berkenaan.

Fuzi mengaku, antara faktor keputusan tidak membenarkan perhimpunan berlangsung ialah mengelak berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar lokasi perhimpunan.

Fuzi berkata, pihaknya Rabu lalu sudah menawarkan agar penganjur menukar tapak perhimpunan berkenaan ke tempat lebih baik selesa dan mudah dikawal di Stadium Kelana Jaya.

Sebelum ini, Datuk Bandar MBPJ Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata pihaknya selaku pemilik tanah membenarkan himpunan antikleptokrasi diadakan di Padang Timur. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru