Friday, December 2, 2022

Menteri seru rakyat tingkatkan jumlah buku dibaca setahun

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Rakyat Malaysia dinasihati supaya mengamalkan budaya membaca dengan meningkatkan jumlah buku yang dibaca setahun.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Sri Michael Manyin Jawong berkata, dengan membaca buku seseorang dapat memahami budaya dan evolusi budaya, selain menjadikan kita manusia yang lebih baik kerana kita akan lebih memahami norma masyarakat.

Katanya, berdasarkan penyelidikan pada 2005, rakyat Malaysia hanya membaca dua judul buku setahun.

Tambahnya, kadar membaca juga menurun apabila seseorang semakin meningkat usia.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis penutupan rasmi Persidangan Antarabangsa Buku Borneo 2017 di Universiti Malaysia Sarawak.

“Dengan membaca buku dapat menambah kosa kota. Buku dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Buku membantu pelajar menzahirkan pendapat dalam ucapan yang memerlukan banyak kosa kata,” katanya.

Berdasarkan statistik 2016, katanya, daripada 86 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus membaca akhbar, 3 peratus masing-masingnya membaca majalah dan 1.6 peratus membaca komik.

Bagi rakyat Amerika Syarikat, ujarnya, 53 peratus membaca fiksyen dan 43 peratus lagi bukan fiksyen.

Manyin berkata, membaca bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan tetapi juga membina kematangan dan perwatakan, mempertajam pemikiran dan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu sosial, ekonomi, politik dan alam sekitar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru