Monday, November 28, 2022

Lacur anak: Ibu dan pemilik pusat karaoke dituduh hari ini, seorang lagi suspek ditahan — Dev

Secara Rawak

LAWAS: Kes ibu lacur anak untuk melangsaikan hutang terus menjadi tumpuan apabila Polis Lawas mencekup seorang lagi suspek lelaki, berumur 29 tahun semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Dev Kumar berkata, suspek seorang peniaga telah ditangkap anggota siasatan jenayah sekitar jam 12.10 tengah hari apabila dia menyerah diri di Balai Polis Lawas.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini untuk tujuan permohonan reman,” katanya.

Gambar fail

Sementara itu, dua suspek wanita yang direman sebelum ini, iaitu ibu kandung mangsa dan pemilik sebuah premis karaoke akan dituduh pada jam 9.00 pagi ini di Pejabat Daerah Lawas.

Kejadian dilaporkan berlaku pada April lalu apabila mangsa yang berusia 14 tahun yang bekerja sebagai pelayan karaoke dipaksa oleh ibunya dan wanita pemilik sebuah premis karaoke di sini untuk bermalam dengan seorang lelaki di dalam bilik hotel.

Mangsa melihat suspek lelaki itu menyerahkan wang tunai RM1 ribu kepada pemilik karaoke yang dipercayai untuk melangsaikan hutang ibunya.

Sehingga keluar dari bilik hotel pada keesokannya, mangsa telah diperkosa sebanyak tiga kali.

Mangsa menutup mulut akan kejadian  tersebut namun kemudiannya menjadi kes polis beberapa hari lalu apabila ia sampai kepada pengetahuan seorang Ketua Kampung.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-kanak 2001. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru