Wednesday, August 17, 2022

Impian revolusi SPRM bagus untuk hapus rasuah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas hari ini mengalu-alukan kenyataan ‘revolusi’ Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hasbillah Mohd Salleh untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Menurut Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man, kebanyakan masyarakat masih keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Sebenarnya sumber kekeliruan rakyat terhadap rasuah adalah hasil daripada campur tangan kerajaan BN di dalam SPRM selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Apakah menerima hadiah, asalkan ia dinamakan dalam bentuk derma, daripada individu dan golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri, dibolehkan?,” ujarnya.

Oleh itu, tambahnya, Pas mendesak SPRM untuk turut bersama menekan pihak kerajaan agar mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Beliau  yakin akta ini akan dapat membantu SPRM untuk mencapai revolusinya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru