Selain Aisyah, Doan, muncul nama Mr Chang, Mr Y, James, Hanamori suspek bunuh Jong-nam

SHAH ALAM: Buat pertama kali, muncul nama empat suspeks lain, selain dua tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, 24, dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam disebut di mahkamah dalam perbicaraan pembunuhan Kim Jong-nam.

Kini, berlangsung perbicaraan pembunuhan Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jon-un di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Memetik Reuters, Penyiasat Kanan Polis Daerah Sepang ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, yang tampil kembali sebagai saksi perbicaraan,   mengenal pasti empat suspek lain yang masih bebas sebagai Mr Chang, Mr Y, James dan Hanamori dikenali sebagai “grandpa” atau “uncle”.

Wan Azirul memberitahu mahkamah, Mr Y merupakan individu yang terdapat dalam video yang ditayangkan pada perbicaraan tersebut.

Mr Y dikatakan masuk bersama Doan ke balai pelepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Memetik laporan berkenaan, Wan Azirul berkata Tuan Y merupakan individu yang memberikan cairan kepada Doan, selain membeli tiket teksi untuk Aisyah.

Wan Azirul turut memberitahu bahawa Tuan Chang pula terlihat bertemu Siti Aisyah di sebuah restoran di tingkat 3 Terminal Berlepas KLIA2.

Hanamori pula dikenal pasti sebagai individu yang memberi arahan kepada Tuan Y.

Sementara, James ialah orang yang merekrut Siti Aisyah.

Jong-nam maut setelah terdedah kepada racun VX yang didakwa diusap suspek kepada mangsa pada 13 Februari lepas di KLIA2.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah dan  sebalik mendakwa hanya terlibat dalam pembuatan video prank atau lelucon.

Pihak berkuasa Malaysia masih memburu lapan suspek lain.

Selain empat suspek yang disebut, pihak berkuasa  menyenaraikan nama empat suspek lain warga Korea Utara itu dalam “amaran merah” Interpol iaitu Ri Ji-hyon, Hong Song-hak, O Jong-gil, dan Ri Jae-nam. – Sarawakvoice

Gambar fail