Lelaki kejam bunuh 11 gadis dihukum penjara 430 tahun

CIUDAD JUAREZ: Perangkaan menunjukkan sejumlah 31.1 juta kes jenayah membabitkan 24.2 juta mangsa berlaku di Mexico pada 2016.

Jenayah ini mungkin salah satu daripadanya; iaitu melibatkan lelaki bernama Pedro Payan Gloria yang memperdayakan 11 wanita dan  memperalat mereka untuk melakukan apa sahaja.

Kemudian mereka pun dibunuh.

Atas jenayah berat dan kejam itu, hakim Mahkamah Tinggi Ciudad Juarez menjatuhkan hukuman 430 tahun penjara terhadap Pedro.

Pedro turut memaksa wanita “tawanan”nya itu melacur diri serta menjual dadah.

Memetik The Guardian pada Rabu, mangsa kemudiannya dilecehkan secara seksual kemudian dicekik sampai mati setelah dianggap tidak berguna dan tidak dapat dimanfaatkan lagi oleh Pedro yang kejam itu.

Mayat mereka dibuang di tempat sunyi.

Jejak mangsa pertama Pedro dikesan buat pertama kali pada awal 2012 di lembah kawasan pertanian sebelah timur Kota Ciudad Juarez.

Korban pertama ditemui dalam bentuk kerangka tulang-belulang.

Wanita yang menjadi mangsa Pedro kebanyakannya pekerja kilang.

Mereka dipancing dengan Pedro menyamar sebagai agensi model atau pengurus kedai pakaian.

Mangsa kemudian dipikat dengan tawaran kerja yang baik termasuk menjadi peragawati atau pekerja di kedai pakaian.

Daripada 11 mangsa yang dibunuh oleh Pedro, di antaranya terdapat beberapa remaja perempuan berusia 15 tahun.

Sementara itu, walaupun Pedro sudah dijatuhi hukuman, keluarga mangsa masih tidak berpuas hati menuntut polis mengungkap misteri di sebalik kes tersebut.

Pihak keluarga mangsa mendakwa Pedro tidak bekerja sendirian melainkan masih ada suspek lain yang terlibat. – Sarawakvoice