Monday, November 28, 2022

Wanita lacurkan anak sendiri di Lawas direman 3 hari

Secara Rawak

LAWAS: Polis Sarawak semalam berjaya mendapatkan perintah reman selama tiga hari terhadap dua wanita, termasuk seorang ibu bagi membantu siasatan kes melacurkan anaknya sendiri pada April lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan proses reman tersebut memberitahu, wanita berusia 30 tahun itu ditahan sekitar jam 2.15 petang semalam susulan laporan polis oleh seorang Ketua Kampung pada paginya berhubung perbuatan jijiknya menawarkan anak sendiri untuk menyelesaikan hutang.

Ibu tersebut ditahan sepasukan anggota siasatan jenayah Lawas yang diketuai oleh Inspektor Masri Lamsin di sebuah rumah di Jalan Liaw Kim Liu, di sini sebelum sekitar jam 3.05 petang, menahan seorang lagi suspek, iaitu seorang wanita berumur 45 tahun, yang juga pemilik sebuah pusat karaoke di Jalan Haji Matussin.

Mangsa yang berusia 14 tahun memberitahu, kejadian berlaku semasa dia bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat karaoke di Pekan Lawas dan dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik pusat karaoke itu untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Ibu mangsa dikatakan sedang berada dalam situasi berhutang dan meminta mangsa mengikut lelaki tersebut ke sebuah hotel di bandar ini.

Mangsa kemudian melihat lelaki ini membayar wang RM1 ribu kepada pemilik karaoke tersebut sebelum memperkosanya sebanyak tiga kali di dalam bilik hotel.

Mangsa hanya keluar dari bilik pada keesokannya, tanpa menceritakan ‘detik hitam’ itu kepada sesiapa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-kanak 2001. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru