Tuesday, January 25, 2022

Tiada tempat amalan politik melampau bertapak di S’wak — Abg Jo

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meminta warga Sarawak mengelak terikut-ikut budaya berpolitik melampau segelintir ahli politik di negeri lain, di negara ini.

Budaya berpolitik melampau seperti bertindak memecah botol arak sebagai tanda membantah festival arak dianggap bertentangan dengan budaya saling penduduk menghormati di negeri ini.

Bagi Abang Johari, sikap saling menghormati antara satu sama lain dapat mengelak berlaku persengketaan dalam masyarakat pelbagai kaum, berlainan agama serta fahaman politik yang berbeza.

Gambar fail

Merasmikan Persembahan Kebudayaan Lun Bawang anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak Cawangan Kuching, Abang Johari berkata kerajaan negeri berusaha mengelak budaya berpolitik melampau terbabit dari memasuki negeri ini.

Justeru, beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri dan hak imigresen negeri ini menghalang kemasukan ahli politik yang dianggap memudaratkan penduduk negeri ini.

Abang Johari menegaskan, amalan politik seperti itu tidak dapat dibenarkan bertapak di Sarawak, sebab itu mereka perlu dihalang memasuki negeri ini.

Pada majlis tersebut, Abang Johari mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada Persatuan Lun Bawang Sarawak Cawangan Kuching.

Sementara, peruntukan tambahan RM50,000 lagi dihulurkan bagi membantu persatuan berkenaan mencari bangunan sesuai untuk operasi cawangan persatuan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru