Monday, November 28, 2022

China hukum 1.34 juta pegawai rasuah sejak 2013

Secara Rawak

BEIJING: Badan antirasuah China mendakwa telah menghukum 1.34 juta pegawai rendah kerana terlibat rasuah korupsi semenjak 2013, di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping

Jawatankuasa Pusat Pemantauan Disiplin (CCDI) yang memantau rasuah di China mengatakan pegawai yang dihukum termasuk 648,000 pegawai desa dan jenayah yang mereka lakukan termasuk rasuah dalam skala kecil.

Tindakan membanteras rasuah pegawai rendah dan tinggi merupakan sebahagian daripada kempen antirasuah  Presiden Xi Jinping.

China giat mengejar suspek rasuah yang melarikan diri ke luar negara melalui operasi Sky Net dan Fox Hunt.

Menurut akhbar Xinhua, kerajaan China menghantar pihak berkuasa sehingga ke Afrika, Amerika Selatan, Asia Pasifik dan Eropah barat khusus untuk memburu pelaku rasuah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru