Angelina Jolie paparkan kekejaman Khmer Rouge, 2 juta rakyat terkorban dalam filem dramatik

Jika anda pernah berkunjung ke Phnom Penh, pasti anda tidak akan mahu terlepas melawat sebuah sekolah yang ditukar menjadi penjara pada zaman pemerintahan kejam Pol Pot. Nama penjara itu ialah Tuol Sleng, terletak di tengah-tengah ibu kota Kemboja.

Berlaku dalam empat tahun, mulai April 1975, sekitar dua juta rakyat Kemboja mati diseksa, kebuluran, dan sebagainya.

Sebahagian rakyat dibunuh dengan renjatan elektrik, dipaksa bekerja sepanjang hari hingga larut malam, dan hanya diberi makan bubur nasi di bawah rejim Khmer Rouge.

Kekejaman yang sudah berlalu 36 tahun itu tetap berbekas.

Seorang daripada yang terselamat dalam kejadian Loung Ung.

Kekejaman dan penderitaan yang dialaminya dirakamkan dalam memoir bertajuk First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers.

Kini, berdasarkan memoir yang menyayat hati itu, pengarah Angelina Jolie memindahkannya ke dalam filem yang sudah beredar sekitar sebulan lalu.

Kata Time dalam ulasannya minggu ini, pengalaman Loung — kelaparan, ketakutan, dan latihan awalnya sebagai anggota tentera dipaparkan dalam filem itu.

Jolie, kata majalah berita itu tahu bagaimana untuk menyuntik unsur drama dalam filem yang memaparkan rejim kejam itu.

Tentera Khmer Rouge membunuh mereka yang berpelajaran, termasuk pensyarah, peguam, doktor dan sebagainya.

Mereka yang bercermin mata merupakan mangsa pertama kerana mereka dianggap berpelajaran atau golongan intelek.

Tanpa sebarang alasan, penduduk ditangkap dan dibunuh atau dipaksa menjadi buruh kasar.

Penjara Tuol Sleng ialah bekas Sekolah Tinggi Chao Ponhea Yat yang diubah menjadi penjara menempatkan hampir 20,000 tahanan yang kemudiannya dibunuh ketika pada zaman pemerintahan kuku besi itu.

Di situ anda akan dapat melihat gambar mangsa di dinding, dan tempat mangsa diseksa, termausk bagaimana kukuh mereka dicabut, dan kepala mereka direndam di dalam tempayan. Juga, bagaimana bayi dihentak ke pokok.

Anda perlu pergi ke ‘the kilong field’ untuk melihat sendiri tempat banyak rakyatnya dikebumikan hidup-hidup. bangunan menempatkan tengkorak masih berdiri kukuh. – Sarawakvoice