Friday, September 30, 2022

Putera Charles batal lawatan ke Myanmar, akan lawat Sarawak dengan isteri

Secara Rawak

JAKARTA: Putera Charles dan isterinya, Duchess of Cornwall, membatalkan kunjungan ke Myanmar di tengah tuduhan bahawa pemerintah dan tentera Myanmar melakukan ‘pembersihan etnik’ terhadap etnik minoriti Rohingya.

Ahli waris kerajaan Britain itu dalam jadual lawatan  11 hari ke Asia mulai akhir Oktober dan keterangan rasmi yang dikeluarkan menyatakan bahawa baginda dan isterinya akan mengunjungi Singapura, Malaysia, dan India.

Ketika di Malaysia, pasangan itu akan berkunjung ke Sarawak.

Semasa di Sarawak, pasangan diraja itu akan  menyaksikan sendiri usaha yang dijalankan bagi menggalakkan pemuliharaan hidupan liar dan melindungi kepelbagaian biologi.

“Baginda berdua juga akan bertemu komuniti pribumi yang berlainan di Sarawak. Duchess of Cornwall akan bertemu wakil Purple Lily, pertubuhan bukan kerajaan yang komited untuk memberi inspirasi dan memperkasakan wanita dan remaja perempuan dengan menyediakan latihan kemahiran hidup dan pendidikan kewangan,” kata satu kenyataan daripada Kerajaan Britain.

Sejak konflik tercetus 25 Ogos lalu, sebanyak 500,000 etnik Rohingya yang didiskriminasi kerajaan pemimpin  de facto Mnyanmar Aung San Suu Kyi telah melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Mereka tinggal di khemah yang daif dan berdepan ancaman wabak penyakit.

Sebanyak 200 bayi dilahirkan setiap hari, dan 20,000 lagi wanita kini mengandung.

“Ketika membahas persiapan lawatan, kami melihat beberapa pilihan dan akhirnya kami memutuskan untuk mengunjungi Singapura dan Malaysia,” kata Philip Malone, Pengarah Bahagian Asia Tenggara di Kementerian Luar Negeri Britian, seperti dipetik BBC Indonesia.

Tambah Malone,  persiapan lawatan Asia dilakukan selama beberapa bulan.

“Kami menyelaras dengan setiausaha peribadi Putera Charles untuk menentukan negara-negara mana saja yang akan dikunjungi,” katanya.

Charles dan istrerinya, Camilla, menemui Suu Kyi di kediaman rasmi mereka di London, Clarence House, Mei tahun lalu, sebelum tercetus krisis Rohingya di Rakhine.

Suu Kyi penerima Anugerah Nobel Keamanan dikecam oleh masyarakat antarabangsa kerana dianggap ‘tak berbuat banyak mengatasi krisis kemanusiaan  di Rakhine.

Etnik Rohingya dibunuh kejam, wanita dirogol dan perkampungan mereka dibakar tentera Myanmar. – Sarawakvoice

Foto Youtube

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru