Wednesday, August 17, 2022

SPRM bekukan RM179 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan wang tunai sebanyak RM179 juta bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan menggelapkan dana sebuah kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, bermula semalam, agensinya telah membekukan lebih RM150 juta dalam akaun bank.

“Hari ini (semalam) pula, RM29 juta daripada lebih 10 bank juga telah dibekukan bagi membantu siasatan seperti, katanya seperti dilapor Sinar Online.

“Kita sedang kaji lagi dokumen-dokumen dan dalam masa terdekat ini beberapa individu akan dipanggil sebagai saksi. Siasatan setakat ini masih berjalan dan sebanyak 15 lokasi di Sabah telah diserbu yang mana majoritinya adalah di Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam operasi yang dilakukan, SPRM turut merampas akaun bank dengan deposit besar, wang tunai dan susunan dokumen termasuk penyata kewangan dari beberapa syarikat.

Sehubungan itu, SPRM akan memanggil individu yang disyaki terlibat dalam kes itu termasuk pegawai kanan di kementerian terbabit.

Seorang pemimpin kanan parti Warisan Sabah telah ditahan SPRM di Kota Kinabalu semalam membabitkan skandal RM150 juta.

Difahamkan beliau antara tiga orang yang ditahan berkaitan penipuan membabitkan projek luar bandar.

Ini merupakan penyiasatan kedua terbesar di Sabah selepas isu membabitkan sebuah jabatan lain pada tahun lepas yang turut menggemparkan negara. – Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru