Saturday, June 25, 2022

Kisah kejayaan Sarawak dipelajari dalam Program Induksi Diplomat Komanwel di Malborough House

Secara Rawak

LONDON, England: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam dijemput untuk menyampaikan ucapan khas sempena Program Induksi Diplomat Komanwel di Malborough House, atas undangan Sekretariat Komanwel.

Undangan itu juga bagi membolehkan Abang Johari turut serta dalam kerjasama Akademi Kepemimpinan Komanwel, dengan Sarawak mempunyai peranan penting untuk dimainkan.

Ketua Menteri bercakap tentang pengalaman Sarawak selama bertahun-tahun untuk membangunkan ekonomi, mengekalkan keharmonian kaum dan agama, melindungi alam sekitar, memelihara dan memulihara hidupan liar, membangunkan sumber energi terbaru dan mengembangkan ekonominya secara mampan.

Ucapan beliau turut memberi penekanan khusus terhadap usaha Sarawak untuk melakukan transformasi kepada ekonominya, sambil menegaskan bahawa revolusi digital telah menjadi kekuatan yang tidak dapat dibendung.

“Sarawak terpaksa berubah dari ekonomi konvensional kepada transformasi ekonomi digital atau berisiko ketinggalan.

Menjawab soalan peserta, beliau menjelaskan bahawa kerajaan mesti mempunyai dasar yang selari dengan aspirasi generasi muda.

Di Sarawak, katanya, golongan belia terdiri daripada kira-kira 60 peratus populasinya.

“Justeru peralihan ke arah ekonomi digital akan memberikan peluang kepada golongan muda yang celik internet untuk terlibat secara aktif dalam mendigitalkan ekonomi.

Sebelum itu, ketibaan Abang Johari di Rumah Malborough disambut Setiausaha Agung Komanwel, Baroness Scotland, Patricia .

Turut mengiringi Ketua Menteri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Sabariah Putit dan Pengerusi Dialog Pemimpin Asia 2016, Adrian Jerome.

Mereka berbincang selama setengah jam  yang menyentuh usaha untuk mewujudkan platform bagi meningkatkan peranan dalam kalangan pimpinan di negara-negara Komanwel.

Abang Johari akan kembali ke Kuching hari ini selepas mengetuai lawatan selama dua minggu ke Eropah. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru