Saturday, December 3, 2022

Pesta Sematan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober

Secara Rawak

KUCHING: Pesta Sematan 2017 akan berlangsung pada 6 – 8 Oktober 2017 berpusat di Dataran Sematan.

Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu berkata, objektif penganjuran adalah bagi menjadikan Sematan sebagai satu kawasan popular dan destinasi pelancongan selaras dengan matlamat menjadikan Sematan sebagai pusat eko pelancongan di Sarawak.

“Dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang berkenaan maka dapatlah mengeratkan lagi semangat kerjasama dari pelbagai pihak,” katanya dalam tembual dalam Program Nang Rindok RTM di kediamannya semalam.

Tambah beliau, Pesta Sematan adalah acara tahunan yang diadakan selepas berlangsung acara Pesta Lundu.

Menurutnya, orang ramai sekitar Daerah Sematan, Lundu, Bau, Kuching serta seluruh Sarawak dialu-alukan bersama-sama menyertai program sepanjang tiga hari Pesta Sematan berlangsung.

Sementara itu, Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, acara utama yang menjadi tarikan utama ialah Joran Tanjung Datu, acara tarik tali pantai, pertandingan menangkap dan mengikat ketam dan program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Daerah Lundu.

“Antara aktiviti menarik yang lain termasuk pertandingan Badang Sematan, Power Boat, Big Bike Gathering, Futsal, Dart, Badminton, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bintang Kecil dan Pertandingan Bergendang dan sebagainya.

“Penganjuran Pesta Sematan merupakan peluang kepada peniaga, penjaja dan pengusaha homestay menambahkan pendapatan.

“Melalui perniagaan dan homestay dapat menjana pendapatan kepada Masyarakat setempat.Penduduk tempatan diminta menjaga kebersihan dan menyambut kehadiran pengunjung dengan senyuman,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru