Wednesday, August 17, 2022

Laporan: SPRM bakal bongkar kecurian dana awam RM100 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Mereka sepatutnya melaksanakan program dan projek yang dapat memberi manfaat kepada jutaan rakyat di negara ini, termasuk golongan miskin.

Namun, mereka bersekongkol dengan beberapa buah syarikat, sekurang-kurangnya 10 buah setakat ini, untuk mengembungkan poket mereka sendiri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membongkar kegiatan licik selepas siasatan teliti lebih setahun membabitkan pegawai tinggi di sebuah kementerian.

Kes itu didakwa menyebabkan kecurian dana umum sebanyak RM100 juta, termasuk yang diperuntukkan untuk golongan miskin tegar menjadikannya terbesar dalam sejarah.

Akhbar New Straits Times dalam laporannya mendedahkan SPRM berdepan pelbagai kerumitan ketika menjalankan siasatan kerana jenayah dilakukan secara licik.

Katanya,  pelaku berhati-hati tidak meninggalkan sebarang kesan yang boleh menjejak semula urusan mereka.

“Kami bercakap mengenai angka besar ketirisan dana kerajaan,” akhbar itu memetik sumber.

“Kes kali ini boleh disifatkan jenayah rasuah paling besar setakat ini “mengatasi semua kes sebelumnya,” katanya lagi.

Salah satu projek kerajaan terbabit dikatakan melibatkan program bantuan makanan untuk pelajar miskin.

Kali ini, sekurang-kurangnya lima suspek di kementerian yang tidak dinamakan itu dikenal pasti melalui Laporan Transaksi Mencurigakan Bank Negara Malaysia yang mendapati aliran wang besar melibatkan akaun peribadi.

Tahun lalu, SPRM menangkap sembilan pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan atas pembabitan penyelewengan dana RM100 juta. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru