Tuesday, October 4, 2022

Lim Kit Siang perlu berundur, beri laluan kepada pemimpin lebih progresif, kata Abdul Rahman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Ini masa yang terbaik untuk pemimpin pembangkang Lim Kit Siang berundur dan memberi laluan kepada pemimpin yang progresif, inklusif dan bertanggungjawab seperti Dr Tan Seng Giaw untuk menerajui DAP secara demokratik.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan  dalam satu kenyataan menegaskan, Kit Siang kelihatan tidak menyedari bahawa parti itu memerlukan pemimpin yang lebih progresif.

Kata Abdul Rahman, beliau yakin Kit Siang tidak menyedari kedudukannya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan.

Tambahnya,  Kit Siang wajar berundur daripada politik kerana pendirian tidak berprinsip dan kurangnya keyakinan menentang Barisan Nasional secara bersendirian.

“Sebaliknya, beliau menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bukan Ahli Parlimen pun untuk menerajui Pakatan,”  ujarnya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru