Wednesday, August 17, 2022

Kerajaan komited bersama SPRM perangi rasuah

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kerajaan komited memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perjuangan menentang rasuah supaya kedudukan negara termasuk dari segi ketelusan dan daya saing semakin baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembinaan kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya yang merupakan kompleks agensi antirasuah yang terbesar di dunia dan lengkap dengan segala keperluan SPRM adalah manifestasi Kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Rasuah adalah ancaman kepada negara, ketamadunan kita, masyarakat dan masa depan negara kita.

Gambar fail

Jika kita dapat membendung dan membanteras rasuah, negara Malaysia kita yang tercinta lebih berjaya dan disanjung dan lebih dihormati dan berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050),” katanya ketika merasmikan kompleks itu, di sini hari ini, yang merupakan mercu tanda baharu Putrajaya.

Bangunan Ibu Pejabat SPRM yang telah siap dibina sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada 21 Julai lalu merupakan bangunan yang direka bentuk agar menepati keperluan operasi serta sistem pentadbiran SPRM.

la didirikan di tapak berkeluasan 2.07 hektar di Presint 7 serta mampu menempatkan kira-kira 1,800 kakitangan.

Ibu Pejabat SPRM berkenaan terdiri daripada tiga menara iaitu A, B dan C masing-masing setinggi 14, 18 dan 22 tingkat berserta tujuh tingkat podium.

Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah dewan serba guna dengan kapasiti 1,000 orang, auditorium yang mampu memuatkan 300 orang, taska, gimnasium, perpustakaan dan bilik sidang media. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru