HONOLULU: Pejabat kerajaan di Hawaii dilaporkan mendesak warganya bersiap sedia menghadapi serangan nuklear, ketika hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Utara memuncak tegang.

Di Pyongyang, 4.7 juta warga Korea Utara dilaporkan sanggup bergabung dengan tentera bagi menghadapi AS.

Kini, warga Hawaii dilatih dengan cara yang sama ketika mereka bersedia menghadapi tsunami.

Menurut Fox pada Khamis, Perwakilan Hawaii Gene Ward berkata, menghadapi situasi ini bukan bertujuan membesar-besarkan bahaya, tetapi penduduk perlu diberi maklumat secukupnya.

Hawaii menjadi kaget dan segera mengadakan persedian selepas Menteri Luar Korea Utara Ri Yong-ho mengatakan Pyongyang sedia melakukan ujian bom hidrogennya di Lautan Pasifik.

Sebelum itu, pemimpin Korea Utara Kim Jong-un bersumpah mengambil tindakan terhadap AS.

Kenyataan keras Jong-un dilihat sebagai jawapan ke atas ucapan Presiden AS Donald Trump pada Sidang Majlis Umum PBB minggu lepas.

Trump di hadapan diplomat di New York mengatakan sanggup menghancurkan Korea Utara jika terus melakukan provokasi.

Sebelum ini, malah Trump pernah menjuluki Jong-un sebagai “orang roket gila” atau “rocket man”. – Sarawakvoice