PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini mengeluarkan notis yang melarang rakyat negara ini berkunjung ke Republik Demokratik Rakyat Korea atau Korea Utara berkuat kuasa serta-merta hingga diberitahu kelak.

Menurut kenyataan kementerian tersebut, tindakan itu diambil berikutan perkembangan ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea, selain tindakan negara itu mengadakan ujian peluru berpandunya.

Keputusan ini bagaimanapun akan disemak semula setelah situasi di kawasan tersebut kembali normal. – Sarawakvoice