Friday, September 30, 2022

ACT mahu Indonesia tampung pelarian Rohingya di Pulau Galang

Secara Rawak

JAKARTA: Organisasi sosial dan kemanusiaan, Aksi Cepat Tanggap (ACT) di Indonesia meminta kerajaan Indonesia menyediakan pulau bagi tujuan menampung pelarian Rohingya yang melarikan diri dari keganasan tentera Myanmar di Rakhine.

Presiden ACT Ahyudin mendesak kerajaan Indonesia melakukan lebih banyak bantuan termasuk menghantar bantuan logistik serta makanan demi  membantu etnik minoriti Islam itu.

“Sekarang kami menanti relawan mahu memberikan pulau untuk menampung Rohingya. Kerajaan diharap serius menyediakan pulau untuk Rohingya,” ujar Ahyudin memetik laporan CNN pada Rabu.

Sebelum ini, Indoensia pernah menyediakan Pulau Galang, Kepulauan Ria bagi menampung perlarian Vietnam dalam tragedi 1970-an.

“Kami minta Pulau Galang kerana prasarana di situ sudah sedia ada, hanya perlu menerima pelarian Rohingya ini,” kata Ahyudin.

Lebih 400,000 pelarian Rohingya dilapor melarikan diri dari Myanmar semenjak krisis kemanusiaan terjadi akhir  Ogos lepas.

Dianggarkan sekitar 1,000 orang terkorban dalam krisis kemanusiaan tersebut.

Menurut sumber tersebut, Ahyudin berkata sebagai negara membangun Bangladesh tidak memiliki kemampuan besar menampung seluruh pelarian Rohingya.

Setakat ini secara keseluruhan dijangka terdapat sejuta pelarian mendiami sempadan Myanmar- Bangladesh termasuk mereka yang pernah melarikan diri sebelum ini.

Setakat ini, terdapat 9,000 pelarian Rohingya berada di Indonesia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru