Sejauh mana 3 bekas Menteri Besar dapat bantu BN rampas Selangor daripada Pakatan Harapan?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR:  Bukan tiga orang bekas Menteri Besar yang  akan menentukan kedudukan kerajaan Selangor, tetapi seluruh pengundi dan rakyat Selangor, kata Ketua Sekretariat Pakatan Harapan.

Menurut Datuk Saifuddin Abdullah, tiga mantan menteri besar Selangor tidak akan mampu melawan suara rakyat untuk terus mengekalkan kerajaan Selangor yang sedia ada yang kini dikuasai Pakatan Harapan.

Kenyataan Saifuddin itu susulan pengumuman Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang mahu menggandingkan tiga mantan Menteri Besar — Tan Sri Abu Hassan Omar,  Tan Sri Muhammad Mohd Taib, dan Dr Mohd Khir Toyo untuk merampas Selangor.

Gambar fail

Mohd Taib atau Mike Tyson diumumkan kembali ke pangkuan Umno dalam sidang media khas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak baru-baru  selepas berkelana dalam Pas dan PKR sejak 2013.

Ekoran itu, banyak analisis yang mempertikaikan sejauh mana beliau dapat mempengaruhi pengundi.

Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-12 dan kekal di tangannya pada PRU-13.

Umno dan Barisan Nasional (BN) bertekad untuk merampas balik negeri paling kaya itu.

Saifuddin seperti dipetik selangorkini berkata, keyakinannya berdasarkan faktor kemenangan pilihan raya yang tidak ditentukan oleh elemen personaliti individu semata-mata.

“Kita bukan memperkecilkan mana-mana pihak kerana mantan menteri besar ini ada jasa mereka tetapi kita harus sedar dan melihat politik juga pilihan raya bukan ditentukan orang tertentu.

Kini, terdapat ura-ura bahawa seorang lagi bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyokong Umno.

Khalid merupakan pemimpin PKR sebelum terdapat konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari dalam parti melalui ‘Langkah Kajang’ beberapa tahun lalu. Beliau digantikan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun Saifuddin   yakin, jika pun Khalid mengambil langkah sama, ini tidak akan dapat membantu.

Penganalisis percaya bahawa persaingan untuk merebut Selangor adalah sengit dalam PRU-14. – Sarawakvoice

Terbaru