Tuesday, October 4, 2022

Rafizi tulis surat terbuka kepada suami bekas menteri yang saman beliau

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menulis sepucuk warkah terbuka Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami Tan Sri Shahrizat Jalil, seorang bekas menteri .

Menurut Rafizi, beliau sudah menulis cek kesemuanya kepada peguam Salleh dan menyerahkan melalui peguamnya.

“Saya telah meminta peguam saya Siau Sun & Michele untuk berhubung dengan peguam Datuk Seri supaya cek dapat diserahkan secepat mungkin.

“Saya ingat agaknya dengan cara itu juga peguam Datuk Seri boleh belajar kaedah yang lebih mudah untuk menghubungi saya iaitu melalui peguam masing-masing,” katanya.

Rafizi menulis surat itu susulan notis mahkamah terhadapnya yang disiarkan Mohamad Salleh dalam akhbar nasional bagi menuntut bayaran ganti rugi kepadanya dan NFC berjumlah RM306,999.17.

“Semasa saya dan peguam saya berbincang mengenai kepada siapa saya patut menulis cek berjumlah RM306,999.18 itu, saya dinasihatkan untuk menulisnya kepada peguam Datuk Seri yang berbulan-bulan kononnya tidak dapat mencari saya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

“Padahal saya tiap-tiap hari ada buat #liveFB.

“Pusat khidmat saya pun terbuka sepanjang minggu, tetapi peguam Datuk Seri ini tidak dapat cari saya seperti mana pihak berkuasa tidak berjaya mencari Jho Low.

“Mungkin sebab muka saya ada iras Cina sedikit dan saya pun tembam-tembam juga, agaknya kerani dari firma peguam Datuk Seri tersalah cari Jho Low!” ujarnya.

Dalam suratnya itu, Rafizi berkata Salleh   kelihatan “murung” setiap kali mereka bertemu di mahkamah.

“Saya tak salahkan Datuk Seri kerana bebanan hidup kebelakangan ini sangat menekan. Saya yakin Datuk Seri juga ada terkesan dengan GST,” katanya sinis.

“Saya harap kalau Datuk Seri gembira pun jangan sampai tidur dengan cek itu,” katanya.

“Sampaikan salam kepada anak-anak Datuk Seri juga.

“Sampaikan salam hormat dan simpati kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana beliau masih terpaksa bekerja pada umur ini walaupun dipencenkan sejak tahun 2008 lagi.

“Namun dalam keadaan serba GST ini, kita boleh bernafas lega sedikit kalau isteri kita ada pendapatan tetap.

Rafizi juga bergurau akan menampal “notis tuntutan sebesar pintu rumah” di pintu pagar rumah Salleh jika mahkamah lebih tinggi membuat keputusan memihaknya selepas ini.

Mahkamah Rayuan akan memutuskan permohonan Rafizi untuk membatalkan keputusan yang berpihak kepada Salleh minggu depan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru