Kini wanita di Arab Saudi dibenarkan memandu kereta

0
5

RIYADH:  Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memerintahkan  larangan bagi kaum wanita untuk memandu kereta ditarik balik.

Namun, ia hanya akan berkuat kuasa Jun tahun depan bagi satu-satunya negara di dunia yang melarang kaum  wanita memandu kenderaan.

Langkah  yang disifatkan pemerhati sebagai permulaan kepada reformasi sosial dan ekonomi di negara itu disambut baik oleh golongan wanita di negara ini.

Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat di Washington seperti dipetik BBC menyambut baik perkembangan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘langkah ke arah yang benar’.

Gambar fail Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud – Foto SPA

Kenyataan pejabat berita rasmi Saudi Press Agency (SPA) berkata: “Dikri kerajaan akan memerintahkan penerapan peraturan lalu lintas, termasuk dikeluarkannya surat izin memandu bagi lelaki dan perempuan.

Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi mengesahkan menerusi laman Twitter berhubung perintah berkenaan.

“Wanita Arab Saudi dibenarkan memandu,” demikian kata Twitter berkenaan seperti dipetik agensi berita.

Menurut PSA hampir semua anggota dewan pakar agama menyokong keputusan tersebut.

Beberapa perempuan didenda dan dipenjara karena melakukan aktivitas tersebut.

Minggu lalu seorang ulama Saudi mencetuskan kemarahan setelah mengatakan kaum  wanita terlalu bodoh untuk memandu kereta. – Sarawakvoice