Saturday, June 25, 2022

Abang Jo timba pengalaman di Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Finland

Secara Rawak

HELSINIKI (Finland): Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berada di Finland untuk hari kedua semalam telah mengadakan lawatan ke Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Finland.

Di kementerian itu, Ketua Menteri dan anggota delegasinya bertemu dengan Yari Partenen, Setiausaha kementerian tersebut dan diberi taklimat mengenai skop kerja kementerian, dengan tumpuan khusus terhadap ekonomi digital dan data.

Ketua Menteri kemudian singgah di Kedutaan Malaysia untuk bertemu dengan Duta Besar, Puan Sri Blanche Olbery.

Delegasi meninggalkan Helsinki menuju Tallin, ibu kota Estonia pada waktu petang untuk meneruskan lawatan sambil belajar di Eropah.

* Ambrose Cheng merupakan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru