Tuesday, October 4, 2022

36 tahi judi dicekup dalam operasi khas polis Sarawak semalam — Dev

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 36 tahi judi dijaring dalam satu operasi besar-besaran melibatkan 11 daerah tadbir polis di seluruh Sarawak, semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, tiga daripada serbuan tersebut dilakukan oleh pasukan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak, membabitkan lokasi di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

“Serbuan terhadap premis-premis judi siber ini berjaya mencekup sembilan individu manakala 16 tablet yang digunakan untuk berjudi, dirampas.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM7,441,” katanya lagi.

Serbuan lain kata Dev, melibatkan premis jualan 4D haram; dengan tujuh serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, Kuching (4), Padawan (4) Bintulu (4), Sarikei (2) dan masing-masing satu di Sri Aman, Limbang, Serian, Saratok dan Sibu.

“Seramai 27 individu dicekup, manakala barangan kes seperti telefon bimbit, kalkulator, slip pertaruhan, pencetak mudah alih dan alat tulis disita.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,301.

Katanya, kesemua 36 suspek berusia antara 18 hingga 51 tahun, dengan 13 daripadanya adalah wanita.

Enam daripada mereka pula merupakan warganegara asing.

Kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen, tambahnya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru