Monday, December 5, 2022

Bertanding 222 kerusi Parlimen, biarkan Pas gali kubur sendiri! – Khairuddin Abu Hassan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keseluruhan orang Melayu sedar, Pas mengkhianati wadah perjuangan Pakatan Harapan (Harapan) dalam usahanya menawan Putrajaya kali ini.

Pas bukan saja bakal hilang undi dari pengundi atas pagar, bahkan ahlinya di peringkat akar umbi pun dikatakan tidak memberi sebarang undi kepada parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam kenyataan beliau berkata, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan jangan syok sendiri mengumumkan Pas bertanding di 222 kerusi Parlimen, padahal Pas bakal tewas teruk pada PRU14 nanti.

“Beliau merepek bila menyatakan Pas boleh menang banyak kerusi di kawasan bandar!” ujar Khaidruddin.

Gambar fail

Tambah Khairuddin, pengundi Cina tidak akan memberi sebarang undi pada Pas.

Begitu juga beliau mendakwa, ahli Pas serta Umno di peringkat akar umbi pun tidak akan memberi undi pada Pas.

“Pas tolong jangan mimpi boleh menang lebih 40 kerusi kali ini! Datuk Takiyuddin Hassan sedang mimpi di siang hari!” perlekeh Khairuddin lagi.

Menurut beliau, pemimpin Pas itu terpedaya dengan Gagasan Sejahtera, dengan Parti Cinta Malaysia diasas oleh Datuk Huan Cheng Guan dan Parti Ikatan diasas oleh Tan Sri Sheikh Fadhil.

Menurut beliau, kedua-dua parti tersebut hanya “parti kosong” yang dianggotai ahli “halimunan” sahaja.

Menurut beliau Pas dilihat berkoloborasi dengan BN ke arah menjadikan pertandingan tiga penjuru yang kononnya bertujuan menyukarkan laluan Harapan memenangi pilihan raya seterusnya gagal menawan Putrajaya.

Tekad Pas yang tidak mahu berunding kerusi dengan  Harapan, menyebabkan keseluruhan pengundi Melayu akan menolak mereka secara total.

Pas menurut Khairuddin sedang menggali kuburnya sendiri dan “biarkan si lunchai terjun dengan labu-labunya!” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru