Tuesday, October 4, 2022

20 serbuan, 39 tangkapan minggu lalu, kaki judi masih belum insaf di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Perang terhadap judi terus digerakkan Polis Sarawak sepanjang minggu lalu dengan 20 serbuan dilakukan di sembilan daerah tadbirnya.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, seramai 39 individu dicekup dalam 16 serbuan di premis jualan 4D haram dan empat serbuan dilakukan di premis judi siber.

Daripada jumlah itu katanya, dua serbuan dilakukan oleh pasukan siasatan jenayah ibu pejabat polis kontijen Sarawak, IPD Miri (4), IPD Sibu (4), IPD Kuching (2), IPD Bintulu (2), IPD Sri Aman (2) dan masing-masing satu di Kota Samarahan, Padawan, Betong dan Sarikei.

“Serbuan terhadap 16 aktiviti judi 4D haram berakhir dengan 19 tangkapan dan rampasan terhadap wang tunai berjumlah RM4,265.

“Seperti biasa, kita turut merampas bahan bukti seperti telefon bimbit, pencetak mudah alih, slip pertaruhan dan alat tulis.

Sebanyak tiga serbuan di Miri dan satu di Kuching berkait judi siber pula berjaya menjerat 20 individu selain rampasan melibatkan 50 unit komputer meja, komputer riba dan tablet.

“Wang tunai bernilai RM1,174 turut dirampas.

Dev menambah, daripada keseluruhan tangkapan, 28 merupakan lelaki dan kesemua suspek berusia dalam lingkungan 16 ke 54 tahun, termasuk empat warganegara asing.

“Kesemua mereka disiasat untuk kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru