Tuesday, October 4, 2022

Rafizi dapat notis muflis, gagal langsai saman NFC lebih RM300 ribu

Secara Rawak

PETALING JAYA: Gagal melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah dengan NFC, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menerima notis muflis.

NFC dan Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mendapatkan notis tersebut daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk diserahkan kepada Rafizi.

Dokumen bertarikh 13 Julai itu berkuat kuasa 12 September dengan Rafizi berhak memfailkan bantahan dalam masa tujuh hari.

Gambar fail

Menurut mStar pada Ahad yang memetik media berbahasa Inggeris, Salleh mengesahkan perkara itu dan bersama peguam, mereka gagal menghubungi Rafizi tiga kali.

Susulan kenyataannya berkaitan pembelian kondominium di KL Eco City Rafizi diperintah membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC November lepas.

Rafizi diperintah membayar mahkamah RM100,000 bagi kos guaman melibatkan prosiding itu.

Ketika ini, akibat mendedahkan laporan audit 1MDB, Rafizi turut berdepan hukuman penjara 18 bulan yang kini ditangguhkan atas permohonan beliau. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru