Sunday, September 25, 2022

Pusat judi beroperasi di rumah kos rendah di Miri diserbu, tiga lelaki dicekup

Secara Rawak

MIRI: Polis Miri terus menggempur pusat judi siber di bandar raya ini, yang menjadikan sebuah rumah kos rendah di Jalan Dato’ Permaisuri 2B, Permyjaya sebagai pusat operasi.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan dilakukan pasukan siasatan jenayah Miri, yang diketuai ketuanya, Deputi Superintendan Lee Swee Sake sekitar jam 5.45 petang.

“Seorang individu berusia 24 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan dua tahi judi berusia 24 dan  33 telah ditahan.

“Pihak kita turut merampas sembilan komputer riba yang digunakan untuk judi siber, kemudahan WiFi dan wang tunai RM161.

Ketiga-tiga individu ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri pagi ini untuk permohonan reman.

Kes kata Datuk Dev lagi, disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru