Friday, October 7, 2022

MIC mahu tambah peratus India sokong BN kepada 60 peratus

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jangan jadi musuh dalam selimut atau musang berbulu ayam.

Itulah peringatan Presiden MIC kepada ahlinya bagi memastikan parti berusia 71 tahun itu dapat melakar kejayaan besar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Peringatan oleh Datuk Seri Dr S Subramaniam itu dianggap tepat di sebalik usaha individu tertentu menamakan diri sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menjelang PRU-14.

Tindakan sedemikian mengikut Subramaniam bakal mengundang padah kepada MIC.

“Tindakan sedemikian akan membawa kebinasaan kepada MIC yang dibina sekian lama,” katanya ketika berucap pada hari pertama Perhimpunan Agung MIC Ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Katanya, jika tiga calon memilih diri sendiri untuk bertanding di sesuatu kerusi ia bagai menggali kubur sendiri.

“Hari ini saya menyeru semua ahli MIC supaya bekerjasama dan bersatu dalam menyokong calon MIC yang akan dipilih nanti, ” katanya sambil menambah MIC menyasarkan untuk meningkatkan peratusan undi masyarakat India kepada Barisan Nasional daripada 45 peratus pada PRU lalu kepada 60 peratus pada PRU akan datang.

Subrmaniam yang juga Menteri Kesihatan mengingatkan ahli parti supaya saling menghormati demi mengekalkan momentum sebagai satu pasukan.

Pada PRU lalu, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada lapan belas kerusi Dewan Undangan Negeri. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru