Lebih ramai ahli farmasi diperlukan tampung keperluan rakyat – Dr Salmah

0
14

SHAH ALAM — Malaysia memerlukan lebih ramai ahli farmasi untuk menampung keperluan rakyat yang semakin meningkat, kata Pengarah Kanan (Bahagian Perkhidmatan Farmasi), Kementerian Kesihatan, Dr Salmah Bahri.

Beliau berkata pada masa ini, nisbahnya ialah seorang ahli farmasi bagi setiap 1,000 penduduk dan Kementerian menyasarkan untuk meningkatkan nisbah itu kepada 1:1,000 atau 1:1,200.

Ketika penduduk Malaysia semakin meningkat, negara memerluklan beberapa ribu orang lagi ahli farmasi untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan utama, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Sukan Hari Farmasi Sedunia (WPD) 2017 di sini semalam.

Beliau menambah bahawa selama bertahun-tahun, skop dan fungsi ahli farmasi di Malaysia telah berkembang dengan ketara, daripada penjagaan kesihatan primer dan sekunder, dan sekarang meliputi pengubatan pengilangan

“Selain berkhidmat di hospital dan komuniti untuk penjagaan primer dan sekunder, ada juga ahli farmasi dalam dalam sektor industri, pembuatan dan pengedaran. Jadi jika anda bercakap mengenai saa ada ahli farmasi mencukupi,  ia tidak cukup,” kata beliau.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya merasmikan sukan WPD yang julung kali diadakan. Kira-kira 2,000 peserta mengambil bahagian dalam sukan itu.