Tuesday, September 27, 2022

Lagi pemimpin pembangkang diusir dari Sarawak, diarah keluar dari majlis Pakatan Harapan

Secara Rawak

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk kawasan Kuala Sepetang, Chua Yee Ling menjadi individu terkini dihalang masuk ke Sarawak.

Beliau yang tiba di Miri pada Jumaat diarahkan keluar dari Sarawak sekitar jam 8.50 malam tadi, ketika menghadiri majlis makan malam Pakatan Harapan di Eastwood Valley Golf and Country Club dekat sini.

Tidak lama Yee Ling selesai berucap, sekumpulan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang lengkap dengan pakaian seragam telah menghampiri penganjur dan memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri.

Foto Media Rakyat

Yee Ling kemudian diiringi ke Lapangan Terbang Miri untuk menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, penyerahan notis larangan masuk berlangsung dengan secara terhormat, tanpa provokasi dan arahan melampau, biarpun ada suara-suara sumbang mengejek pegawai imigresen terbabit.

Malah Yee Ling sempat diiringi keluar pintu oleh Pengerusi Parti Tindakan Rakyat (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Pengusiran tersebut berlaku kurang tujuh jam selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dihalang masuk, sekitar jam 2 petang.

Semalam, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa larangan masuk terhadap golongan ekstemis dan ahli politik yang menyebarkan kebencian kekal, namun enggan mendedahkan senarai mereka.

Sarawak di bawah pentadbiran Tan Sri Adenan Satem pernah menguatkuasakan larangan besar-besaran pimpinan pembangkang ke Sarawak, ketika musim Pilihan Raya Negeri yang lalu.

Sarawak memiliki autonomi imigresen dengan Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan notis dan senarai individu yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru