Friday, August 19, 2022

Elak perbalahan, kekalkan keharmonian, kata Abang Johari

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Perpecahan dan perbalahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini tidak akan menguntungkan sesiapa, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sebaliknya, katanya akan menjejaskan keharmonian dan kestabilan sosiopolitik di negeri ini.

Justeru, Abang Johari menasihati rakyat agar terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum yang telah diamalkan di negeri ini.

“Janganlah kita benarkan anasir luar meracuni pemikiran rakyat dan melahirkan perasaan hasad dengki antara satu sama lain,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis sambutan Minggu Perpaduan 2017 di Dewan Suarah di sini semalam.

Katanya: “Saya ingin mengajak rakyat Sarawak tidak kira bangsa atau keturunan supaya sama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negeri ini.” – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru