Monday, December 5, 2022

Rakyat perlu belajar dari sejarah Empayar Islam untuk elak perpecahan – Salleh

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang satu ketika dahulu telah menyebabkan perang saudara yang melemahkan ummah sehingga meruntuhkan Empayar Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata rakyat perlu belajar daripada sejarah dan mengelakkan nasib yang sama, memandangkan Maal Hijrah bukan sahaja menyambut tahun baharu tetapi juga meraikan maksud di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622.

Gambar fail

“Mengimbau tahun 622, apabila Eropah masih di dalam Zaman Kegelapan, Dunia Islam berjuang untuk kebebasan, hak-hak sivil dan mengakhiri penindasan dan pembunuhan. Muslim, Yahudi dan Kristian hidup bersama dalam satu masyarakat dan menghormati hak dan agama masing-masing.Keadaan itu mendorong apa yang ahli sejarawan menyifatkan era kegemilangan Islam,”katanya dalam catatan blog beliau sskeruak.blogspot.my, malam tadi sempena sambutan Maal Hijrah 1439H.

“Malangnya ini semua akan musnah kerana rasuah dan perpecahan. Perang saudara meletus dan ini melemahkan ummah sehingga menyebabkan runtuhnya Empayar Islam.

Malaysia adalah rapuh kerana masyarakat yang berbilang kaum dan golongan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dan merosakkan perpaduan,”katanya. – Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru