Malaysia tangga ke-33 negara modal insan terbaik dunia

0
9

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berada di kedudukan kedua terbaik di Asia Tenggara dan ke-33 dunia dalam Laporan Pembangunan Modal Insan 2017 yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF).

“Melalui Dasar Transformasi Nasional, Malaysia kini tersenarai kedua terbaik Asia Tenggara dan ke-33 dunia dalam Pembangunan Modal Insan oleh World Economic Forum,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau, semalam.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh WEF pada 13 Sept lepas, Malaysia melonjak dari tangga 42 pada 2016 ke tangga 33 tahun ini dengan memperoleh jumlah mata keseluruhan sebanyak 68.29.

“Selain Singapura, Malaysia melakukan pencapaian lebih baik daripada negara ASEAN yang lain dengan skor yang kukuh merentasi kapasiti, permbangunan dan pengetahuan tetapi terhalang dengan prestasi indeks kecil pembangunannya disebabkan jurang jantina pekerjaan yang ketara,”menurut laporan itu.