Saturday, October 8, 2022

Kebakaran pusat tahfiz  serlahkan masalah salah guna dadah, keciciran sekolah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tragedi kebakaran  pusat tahfiz di sini baru-baru ini secara tidak langsung menyerlahkan dua lagi masalah serius —  penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar dan keciciran pendidikan, kata Presiden Pakatan Harapan.

Menurut Datuk Seri Wan Azizah Ismail, kerajaan wajar menumpukan perhatian kepada masalah ini, selain  tujuh remaja yang disyaki terbabit dalam insiden itu.

“Memandangkan kemelut ini berlarutan sebagai masalah besar negara, maka saya cadangkan menteri dalam negeri mengundang semua wakil parti politik, NGO dan lain-lain untuk mengadakan perbincangan mengenai masalah dadah dalam negeri,” katanya dalam kenyataan.

Presiden PKR itu berkata, penyalahgunaan dadah kini merebak ke seluruh pelosok negara.

“Hampir setiap keluarga terkesan secara langsung atau melalui kenalan mereka.

“

Jumlah penagih terutama di kalangan masyarakat Melayu dan India mencecah ratusan ribu,” kata Wan Azizah.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, walaupun terdapat undang-undang keras, penagih dan pengedar diberkas, namun jarang-jarang sekali kedengaran pengedar besar dadah didakwa.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 16 September berkata semua tujuh suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun itu ada yang masih bersekolah dan ada yang tidak  terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.

Keputusan ujian air kencing pula menunjukkan enam daripada tujuh suspek positif ganja.

Tempoh reman tujuh remaja disyaki terlibat dalam kes kebakaran disambung tujuh hari lagi bermula hari ini sehingga 29 Sept.

Tempoh reman suspek berkenaan yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api, berakhir hari semalam.

Sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu maut apabila asrama yang terletak di tingkat tiga bangunan pusat tahfiz itu terbakar pada kira-kira 5.15 pagi pada 14 Sept lepas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru