Jerebu masih berlaku, beberapa daerah di Sarawak diselubungi asap tipis

0
11

KUCHING: Jerebu dari Kalimantan terus menghambat kawasan selatan dan tengah Sarawak pagi ini, menyebabkan kadar penglihatan penduduk sedikit terjejas akibat asap tipis.

Tinjauan sarawakvoice.com pada pagi ini mendapati jerebu agak ketara sekitar jam 6 hingga 7 pagi, dipercayai berpunca daripada pembakaran ladang untuk kerja-kerja penaman semula padi dan sebagainya.

Sumber Indeks Pencemaran Udara Malaysia yang dikelolakan Jabatan Alam Sekitar merekodkan bacaan IPU 55 di Sri Aman, 52 di Sarikei, 43 di Samarahan dan 49 di Kuching.

Beberapa titik panas dikesan di negara jiran iaitu Kalimantan dan angin telah menolak partikel jerebu itu ke negeri ini.

Para petani di negara jiran dan negara ini menggunakan kaedah tradisi pembakaran untuk guna semula tanah bagi menjamin kualiti kesuburan, selain kos yang lebih murah.

Namun ia mendatangkan implikasi besar apabila seluruh rantau ini dipenuhi debu dan asap. – Sarawakvoice