Hospital Petra Jaya tidak siap ikut jadual: Kontraktor didenda RM89 ribu sehari

0
8

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya mengenakan Ganti Rugi Tetap (LAD) kepada kontraktor Hospital Petra Jaya berjumlah RM9,219,205.55.

LAD RM89,506.85 sehari itu dibayar sepanjang 103 hari kerana kontraktor berkenaan gagal menyiapkan Hospital Petra Jaya menurut kontrak tarikh siap sepatutnya pada 9 Jun lepas.

LAD itu dibayar bermula 10 Jun 2017 sehingga tempoh lanjutan penyiapan projek dilaksanakan yang dianggar siap pada 30 Jun 2018.

Memetik laporan Utusan Borneo, JKR dalam kenyataan medianya berkata, disebabkan kegagalan berterusan menyelesaikan projek tersebut, JKR mengeluarkan Notis Untuk Tujuan Penamatan kepada kontraktor pada 7 Ogos lepas.

Bagaimanapun, kontraktor memberi komitmen baharu bahawa mereka mampu menyiapkan projek tersebut menjelang 30 Jun 2018.

Kenyataan JKR menyebut, pada 10 Ogos 2017, Jawatankuasa Intervensi Projek Pembangunan Kebangsaan (NDPIC) memutuskan kontraktor dibenar meneruskan serta menyelesaikan kerja sehingga 30 Jun 2018. – Sarawakvoice

Gambar fail