Sunday, September 25, 2022

Duterte: Tembak anak saya jika terbabit edar dadah

Secara Rawak

MANILA: Badan hak asasi Human Right Watch melaporkan lebih 7,000 penagih dan pengedar dadah di Filipina dilaporkan maut semenjak Presiden Rodrigo Duterte menggerakkan kempen antidadah sepenuhnya di negara tersebut.

Isu tersebut menjadi kontroversi di mata dunia.

Kini, Duterte dibelit kontroversi dalaman apabila anak lelakinya Paolo Duterte atau dipanggilnya Pulong didakwa turut terlibat dalam transaksi dadah metamfetamin kristal bernilai sekitar AS$125 juta (RM523 juta) dari China menuju Manila pada Mei 2017.

Paolo Duterte

Mengutip Russia Today pada Jumaat, dakwaan tersebut membuat Duterte, 72, naik hantu dan berkata, “saya katakan sebelumnya perintah saya adalah, jika saya memiliki anak yang terlibat dadah, bunuh mereka agar orang tidak mengkritik.”

Duterte mengatakan, beliau memberitahu Paolo sendiri, “perintah saya adalah membunuhmu jika tertangkap. Dan saya akan melindungi polis yang membunuhmu jika memang terbukti.”

Kenyataan keras Duterte muncul ketika Paolo dibayangi dakwaan terlibat dengan kartel dadah antarabangsa.

Tuduhan tersebut awalnya disuarakan oleh Senator Antonio Trilanes IV yang turut menunjukkan bukti foto, Paolo bersama usahawan yang memang terlibat dalam perdagangan dadah antarabangsa.

Trilandes mengaku mengutip maklumat perisik asing yang mendakwa Paolo juga merupakan anggota sindiket jenayah.

Beliau turut mendakwa Paolo mempunyai tatu naga di punggungnya, identiti khas sindiket tersebut.

Paolo, 42, pemangku datuk bandar Davao tempat ayahnya pernah menjadi datuk bandar lebih 20 tahun sebelum menjadi presiden 2016.

Beliau membantah tuduhan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak berasas.

Paolo menghadiri siasatan Senat menafikan tuduhan ahli parlimen pembangkang itu.

Paolo menegaskan yang beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan dadah berkenaan dan menyatakan dakwaan itu palsu.

“Saya tidak menjawab pertuduhan yang berasaskan khabar angin,” jawab Paolo kepada dewan senat.

Sementara itu, ribuan penentang Duterte mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah kempen antidadah dan ancaman mengisytiharkan perintah darurat oleh pemimpin itu.

Polis antirusuhan ditempatkan di seluruh Manila bagi mengawal keadaan dan mengelak kedua-dua kumpulan bertembung. – Sarawakvoice

Foto FB Rody Duterte

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru