Friday, December 2, 2022

Chong: Jangan sekat Dr Mahathir memasuki Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Parti pembangkang jelas bimbang kemungkinan ‘hero’ mereka dari Semenanjung  dihalang daripada menjejakkan kaki menjelang ceramah yang bakal diadakan di sini malam esok.

Kebimbangan berkenaan, menurut penganalisis politik memang berasas mengingat bahawa banyak pemimpin pembangkang dari Semenanjung tidak dibenarkan oleh Imigresen Sarawak sebelum ini.

Antara yang pernah disekat ialah Teresa Kok, Tony Pua, Teo Nie Ching,  daripada DAP, daripada PKR, Mohamad Sabu daripada Amanah.

Foto FB Chong Chieng Jen

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, ketika itu berkata walaupun DAP menyokong kuasa autonomi imigresen Sarawak, parti itu tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan kerajaan negeri menyekat pemimpin pembangkang ke Sarawak.

Chien Jen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Bandar Kuching dalam satu kenyataan berkata, sama sekali tidak ada alasan untuk Barisan Nasional (BN) menyekat Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang dan Dr Hatta Rami daripada memasuki Sarawak.

Mereka dijangka menyampaikan ceramah bertema “Tawaran Baharu Harapan Baharu” di BDC, malam esok.

Kata Chong, seseorang tidak boleh disekat secara selektif daripada memasuki Sarawak hanya kerana beliau telah keluar daripada BN, apatah lagi kedudukan Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.

“Parti politik perlu diberi kebebasan untuk menyebarkan idea dan dasar mereka,” katanya.

Namun, berdasarkan kenyataan Menteri Pelancongan, Seni, Kebudayaan,Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah semalam, tidak ada masalah untuk pemimpin pembangkang terbabit menjejakkan kaki di Sarawak.

“Malaysia negara demokrasi dan rakyatnya bebas bergerak di negara ini tanpa sekatan, asalkan mereka mengikut undang-undang,” katanya merujuk kepada kedatangan pemimpin terbabit ke Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru