Tuesday, December 6, 2022

Besi itu menusuk dubur sehingga tembusi badannya ke bahu…

Secara Rawak

CHENGDU: Pekerja kontrak di Chendu, China hampir teragut nyawanya apabila batang besi menusuk duburnya sehingga menembusi badannya ke bahu kanan.

Kejadian berlaku, ketika Yang Ming terlempar dari tempat kerjanya, dia lalu melompat ke belakang.

Malangnya batang besi menunggunya di situ untuk menusuk duburnya sehingga menembusi badan hingga ke bahu kanan.

Ming, 37, selamat dari maut apabila batang besi yang menembusi tubuhnya tidak mengenai organ vital pentingnya.

Dia menjalani operasi selama tujuh jam untuk mencabut keluar batang besi tersebut dari tubuhnya.

Menurut Metro pada Khamis, Ketua Unit Operasi Toraks di Hospital Sichuan University West China, Wang Xin berkata, “mangsa tidak menunjukkan tanda pendarahan di dada atau rongga perut. Tekanan darah dan detak jantungnya juga stabil.”

Bagaimanapun, usus, pundi kencing, pankreas, hati dan paru-paru Ming dilaporkan mengalami luka kecil akibat kemalangan tersebut, tetapi tidak sampai mengancam nyawanya.

Batang besi yang menusuk badan Ming, akhirnya berjaya dikeluarkan.  – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru