Friday, December 2, 2022

Ancaman keselamatan punca haramkan Better Beer Festival 2017

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun semalam menegaskan, tindakan pihaknya tidak menyokong kelulusan penganjuran “Better Beer Festival 2017” bersandarkan faktor keselamatan.

“Pihak kita telah menerima maklumat risikan akan wujudnya perancangan oleh pihak militan untuk melakukan sabotaj terhadap festival berkenaan.

“Ini kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka,” katanya lagi.

Pada masa yang sama kata Fuzi lagi, pihaknya turut menerima maklumat lain berhubung perancangan beberapa pihak untuk melakukan kekacauan semasa festival, dan ini dikhuatiri boleh mengundang situasi keselamatan.

“Justeru itu, demi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini dan di luar kawalan, pihaknya bertindak proaktif dengan mendirikan bantahan kepada penganjuran festival ini.

“Ia untuk menjaga ketenteraman awam dan menjamin keselamatan masyarakat,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru