Monday, December 5, 2022

Tanah runtuh ancam rumah panjang di Marudi

Secara Rawak

MIRI: Sebuah rumah panjang, Rumah Damu, di Sungai Muam, Marudi, terjejas akibat tanah runtuh petang semalam menyebabkan 30 penghuni di rumah tersebut bimbang dengan keselamatan mereka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mejar Ismail Mahedin berkata tanah runtuh itu berlaku di bukit belakang rumah panjang itu yang mempunyai lima pintu.

“Kejadian tersebut menyebabkan pintu sebelah hujung rumah panjang itu mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata laporan awal diterima malam tadi mengenai kejadian tanah runtuh itu dan tidak mengakibatkan kecederaan kepada penduduk.

“Tiada pemindahan penduduk dan jumlah kerugian masih belum dianggarkan,” katanya lagi.

Ihsan Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Miri

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru