Friday, December 2, 2022

Tindakan Mat Taib kembali ke pangkuan Umno terus mendapat komen

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tindakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib ke dalam UMNO telah menimbulkan keluh kesah pihak pembangkang dan memberi tamparan kepada mereka, kata Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Menurutnya, dengan pengetahuan Muhammad atau Mat Taib tentang keburukan pembangkang akan memberi kelebihan buat UMNO dalam menghadapi PRU-14 terutamanya bagi negeri Selangor.

Foto Youtube.com

Pengumuman tentang penyertaan semula bekas Naib Presiden Umno dan bekas MB Selangor dan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Ahad menimbulkan pelbagai spekulasi dan menarik perhatian rakyat.

Mat Taib menyertai Pas pada 2013 dan akhirnya menyertai PKR pada 2015.

Sehari sebelumnya, pengasas PPBM Anina Saadudin keluar parti, diikuti Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman.

“Kenyataan Tan Sri Muhammad sejurus selepas pengumuman penyertaan semula beliau yang menyatakan perjuangan parti pembangkang adalah sesuatu yang sia-sia kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama tidak harus dipandang sepi oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ternyata, kata beliau yang juga Adun Sungai Panjang, slogan rakyat yang dibawakan pembangkang hanyalah helah semata-mata.

“Keluarnya Tan Sri Muhammad, Anina Saadudin dan Datuk Hamidah dari kapal pembangkang yang dikemudi tiga nakhoda memberi gambaran jelas adanya masalah dalaman serius umpama retak menanti belah dan tidak mungkin akan bertahan lama,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru