NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran  sedia memusnahkan Korea Utara, jika Pyongyang enggan menghentikan ujian nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley berkata, Washington dan sekutunya tidak berhasrat untuk berperang.

Menurut beliau, buat masa ini, semua saluran diplomatik digerak mendesak Pyongyang menghentikan ancaman nuklearnya.

Kegilaan terbaru Pyongyang selepas melancarkan peluru berpandu balistiknya ke udara Hokkaido,  2,000 kilometer sebelah timur Jepun ialah, kini ia membangunkan kapal selam rahsia bertenaga nuklear.

Kapal selam nuklear tersebut didakwa memiliki jangkauan lebih luas kerana dikatakan dapat berada di bawah air lebih lama.

“Langkah yang dilakukan oleh AS dan pasukan sekutu menjatuhkan sekatan dan tekanan pada Korea Utara hanya akan meningkatkan langkah kami menuju penyelesaian akhir dari kekuatan nuklear negara,” lapor berita Korea Utara KCNA dipetik Express pada Selasa.

PBB mengenakan sekatan ke atas Korea Utara seperti larangan import dan larangan menawarkan pekerjaan kepada pemegang pasport Korea Utara.

Namun, bukannya menghentikan program nuklearnya, negara tersebut malah bertindak balas melancarkan peluru berpandu sebagai tindak balas  terhadap sekatan PBB tersebut. – Sarawakvoice